Jenama paling viral di Malaysia, Choii memasang hasrat untuk menaja beberapa pasukan Utara Liga Super di masa akan datang.
Pengasas Choii, Faris Azri mahu menjawab persoalan yang diajukan peminatnya, beliau berterus terang dengan menyatakan bahwa Choii ketika ini tiada perancangan untuk membina jenama ke arah sukan.
Namun, beliau tidak menolak kemungkinan untuk menaja mana-mana pasukan bola sepak Liga Super pada masa akan datang.
“Dalam fikiran saya ini mahu taja dua pasukan utara Liga Super sama ada Kedah dan Pulau Pinang.
“Tapi kenapa saya tidak taja, saya rasa kami tidak bersedia lagi. Choii dalam perancangan mahu membina jenama sukan untum Choii tapi bukan pada tahun ini. Mungkin pada tahun hadapan.
“Pada tahun ini untuk menaja negeri-negeri bola sepak belum lagi sebab bila taja, kami mahu ada pulangan yang jenama juga.
“Kita masih masih belum fokus ke arah pakaian sukan lagi. InsyaAllah di masa akan datang kita akan menaja pasukan Liga Super,” kata Faris Azri di Tiktok miliknya.
Sang Kenari ketika ini menghadapi masalah kewangan apabila pemilik saham majoriti Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar memaklumkan bahwa pasukan akan bertahan dalam masa dua bulan sahaja.
Penaja sebelum ini mempunyai masalah saat akhir sekaligus tidak dapat menaja pasukan. Kedah memerlukan tajaan RM10 juta untuk kempen musim 2024/2025.