Advertising
Terengganu Raih RM8 Juta, Kedah Perlukan RM10 Juta
MakanBola
Terengganu / Kedah DA FC

Terengganu FC mengukuhkan langkah bagi saingan Liga Super musim 2024/25 apabila meraih dana sebanyak RM8 Juta manakala Kedah memerlukan sekitar RM10 Juta musim ini.

Baru-baru ini, Terengganu menerusi satu kenyataan oleh Exco Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Negeri Terengganu merangkap pengerusi lembaga pengarah pasukan, Hishamuddin Abdul Karim telah memaklumkan mengenai hal ini.

Ad

Perkara ini dinyatakan beliau semasa menjadi wakil Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ke Majlis Apresiasi Hi-Tea Penaja Terengganu Football Club Sdn Bhd.

Ad

22 entiti korporat telah menyumbang nilai tajaan sebesar RM8.332 juta dengan RM6.310 juta dalam bentuk tajaan wang tunai sementara baki RM2.022 juta pula disumbang dalam bentuk perkhidmatan.

“TFC secara keseluruhan mempunyai 22 syarikat penaja dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM8.332 juta. Jumlah ini terdiri daripada RM6.310 juta bagi tajaan wang tunai dan RM2.022 juta bagi tajaan perkhidmatan.

Ad

“Kerjasama daripada para penaja di dalam mengharungi musim Liga Malaysia amatlah dialu-alukan sekaligus membantu TFC dalam mengharungi musim 2024/2025 dengan baik serta memberi manfaat kepada semua penaja di dalam setiap urusan sama ada perniagaan mahupun jenama,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya.

Ad

Kedah Darul Aman pula menghadapi situasi berbeza apabila memerlukan sekitar RM8-10 Juta daripada penaja utama bagi meneruskan kelangsungan musim ini.

Ad

Pemilik saham majoriti Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar menyatakan secara jelas bahawa pasukan itu memerlukan RM10 juta untuk kempen musim 2024/25.

“Ya, bajetnya agak banyaklah. Bajetnya melibatkan jutaan ringgit ya. Bukan satu atau dua juta tetapi lebih daripada 10 juta. Jadi, kita perlukan bajet yang besar untuk 15 bulan untuk musim ini, bukan 12 bulan.

“Jadi, kita perlukan penajaan yang besar. Dan penaja utama biasanya bernilai lapan hingga 10 juta. Jadi, kalau ada penaja utama, Insya Allah kita boleh berjalan sebab kita sudah ada sokongan daripada penaja-penaja yang kecil,” jelas Daud Bakar ketika ditemui media.

Hal ini susulan penajag utama yang mahu dimuktamadkan oleh Kedah Darul Aman menghadapi masalah saat akhir sekaligus tidak dapat menaja pasukan.

Daud Bakar juga memberitahu bahawa dengan situasi kewangan semasa pasukan, Sang Kenari hanya mampu bertahan sekurang-kurangnya dua bulan sahaja.