Advertising
Terengganu Terima Tajaan Keseluruhan RM8 Juta Musim 2024/25
Liga Super
MakanBola
Terengganu FC

Musim 2024/25 menyaksikan Terengganu FC (TFC) menerima suntikan penajaan keseluruhan yang lumayan iaitu RM8.332 juta.

Nilai ini didedahkan Exco Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Negeri Terengganu merangkap pengerusi lembaga pengarah pasukan, Hishamuddin Abdul Karim.

Ad

Perkara ini dinyatakan beliau semasa menjadi wakil Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ke Majlis Apresiasi Hi-Tea Penaja Terengganu Football Club Sdn Bhd semalam.

Ad

Majlis ini diadakan untuk meraikan barisan penaja dan entiti yang terus menjalin kerjasama bersama skuad Peteh untuk musim ini.

22 entiti korporat menyumbang nilai penajaan RM8.332 juta dengan RM6.310 juta dalam bentuk tajaan wang tunai. Sementara baki RM2.022 juta pula disumbang dalam bentuk perkhidmatan.

Ad

“TFC secara keseluruhan mempunyai 22 syarikat penaja dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM8.332 juta. Jumlah ini terdiri daripada RM6.310 juta bagi tajaan wang tunai dan RM2.022 juta bagi tajaan perkhidmatan.

Ad

“Kerjasama daripada para penaja di dalam mengharungi musim Liga Malaysia amatlah dialu-alukan sekaligus membantu TFC dalam mengharungi musim 2024/2025 dengan baik serta memberi manfaat kepada semua penaja di dalam setiap urusan sama ada perniagaan mahupun jenama.

Ad

“Terima kasih kepada semua penaja yang sentiasa memberi komitmen penuh kepada pasukan TFC. Diharapkan setiap usaha yang dilaksanakan oleh kita akan sentiasa diberkati oleh Allah SWT,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak, Terengganu kini akan menentang Penang FC dalam aksi liga seterusnya pada 19 Mei.