Bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon masih ingat tentang Malaysia.
Jurulatih Ulsan HD itu masih segar dengan kejayaan membantu kelab tersebut menjulang K-League buat kali ketiga berturut-turut.
Beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Malaysia lebih awal selepas aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Asia 2026 pada bulan Jun lalu.
Pan-gon bagaimanapun kembali mencuri perhatian rakyat Malaysia selepas beliau menyampaikan ucapan Hari Natal kepada yang menyambutnya di negara ini.
“Selamat Hari Natal kepada semua rakan di Malaysia,” ujarnya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Ucapan tersebut mendapat sambutan positif daripada rakyat Malaysia yang tersentuh dengan rasa cinta yang tidak pernah padam terhadap Malaysia.
“Terima kasih coach Kim,” ujar Yeesheng.
“Adakah kamu merindui Malaysia?” soal Hyun Maera.
Beliau kekal di Malaysia selama dua tahun empat bulan dan membantu Harimau Malaya untuk layak ke pentas Piala Asia secara merit selepas 42 tahun.