Ads
Copa América: Argentina Muncul Juara, Ulangi Pencapaian 2021
Eropah
Copa America

Lionel Messi membantu Argentina bergelar juara Copa America buat kali ke-16 apabila menewaskan Colombia di pentas final edisi 2024.

Advertisements

Argentina berharap dapat bergelar juara buat kali ke-16 sebagai hadiah perpisahan kepada Angel Di Maria yang akan bersara selepas kejohanan. Sementara Colombia pula memburu gelaran juara buat kali pertama sejak edisi 2001.

Advertisements

Messi terus diberi kepercayaan oleh jurulatih, Lionel Scaloni untuk mengetuai cabaran La Albiceleste. Sementara bintang Sao Paulo, James Rodriguez pula mengetuai cabaran La Tricolor.

Advertisements
Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan Argentina hampir mendahului menerusi penyerang Manchester City, Julian Alvarez pada minit pertama. Malangnya, percubaannya tidak menepati sasaran.

Percubaan awal La Albiceleste mendorong Colombia menguasai perlawanan menerusi jentera tengah yang diketuai Rodriguez.

Advertisements

La Tricolor hampir memecah kebuntuan menerusi Jhon Cordoba pada minit ke-16. Walau bagaimanapun, percubaan derasnya berjaya ditangkap penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez.

Sementara pemain tengah Crystal Palace, Jefferson Lerma pula hampa apabila percubaannya dari luar kotak penalti berjaya ditepis Martinez pada minit ke-31.

Kedua-dua pasukan terus berusaha memburu gol tetapi keputusan 0-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, Argentina dan Colombia berusaha memecah kebuntuan perlawanan. Bek tengah Tottenham Hotspur, Davinson Sanchez hampir meletakkan La Tricolor di depan pada minit ke-53 tetapi tandukannya tersasar.

Empat minit selepas itu, Angel Di Maria hampir menyumbang gol pertama Argentina. Malangnya, percubaan deras beliau berjaya ditepis penjaga gol Atlas, Camilo Vargas.

La Albiceleste ditimpa malang apabila Messi terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan pada minit ke-66. Tempatnya digantikan pemain sayap Fiorentina, Nicolas Gonzalez.

Gonzalez menyangka telah meletakkan Argentina di hadapan pada minit ke-79. Pemain sayap berusia 26 tahun itu kemudiannya hampa apabila gol beliau dibatalkan atas kesalahan ofsaid.

Kedua-dua pasukan berusaha memecah kebuntuan tetapi keputusan 0-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Keadaan ini menyaksikan perlawanan diheret ke penentuan masa tambahan.

Gonzalez terus menjadi duri dalam daging kepada barisan pertahanan La Tricolor. Percubaan derasnya pada minit ke-94 berjaya disekat Vargas.

Gol yang dicari akhirnya muncul menerusi pemain gantian, Lautaro Martinez pada minit ke-112. Penyerang Inter Milan itu berjaya melepasi pertahanan Colombia sebelum melepaskan rembatan yang menewaskan Vargas.

Pertelagahan antara kedua-dua pasukan kemudiannya tercetus pada minit ke-114 apabila Miguel Borja menolak bek tengah Manchester United, Lisandro Martinez. Keadaan ini memaksa pengadil Brazil, Raphael Claus berusaha menenangkan kedua-dua pasukan.

Gol Martinez sudah cukup untuk membawa Argentina bergelar juara Copa America 2024. Mereka turut mencipta rekod baru kejohanan dengan bergelar juara buat kali ke-16.

Advertisements

Sofascore memilih bek tengah Spurs, Cristian Romero sebagai pemain terbaik perlawanan akhir. Beliau mendapat markah 7.8, 0.1 mata di hadapan Martinez.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram