Corak Latihan Kim Pan-gon Dilabel Unik
Harimau Malaya
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Persiapan latihan Malaysia menjelang aksi persahabatan di China September ini terus menjadi tumpuan.

Semua mata tertumpu kepada percaturan yang bakal diterapkan oleh ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon untuk mempersiapkan skuad negara ke Chengdu.

Malaysia bakal memulakan cabaran berdepan Syria pada 6 September sebelum turun berdepan pasukan ke-78 dunia, China.

Advertisements

Mengulas lanjut, antara perkara yang menarik perhatian apabila perancang tengah negara, Nor Azam Azih adalah berkenaan percaturan pengendali kelahiran Korea Selatan, Kim Pan-gon untuk menerapkan falsafahnya dalam pasukan.

Kata Azam, setelah lama tidak kembali bersama pasukan susulan kecederaan, beliau tekad melupakan segala detik hitam untuk membantu pasukan kebangsaan.

Pemain berusia 28 tahun itu bagaimanapun sempat berkongsikan bagaimana proses untuk menerapkan taktikal yang dibawa oleh Pan-gon.

Advertisements

Azam menganggap bahawa penerapan Pan-gon berbeza dengan corak permainan di kelabnya namun berusaha sedaya upaya untuk membantu pasukan.

“Saya mula-mula sukar untuk memahami taktikal Kim Pan-gon. Skuad kebangsaan permainan memang laju.”

“Latihan juga memang berintensiti tinggi,” ujar Azam.

Advertisements

Penerapan taktikal ini juga bertitik tolak daripada perlawanan yang bakal ditempuh oleh Harimau Malaya tidak lama lagi.

Persediaan jangka panjang juga bakal membantu pasukan untuk melangkah ke Kelayakan Piala Asia 2026/ Piala Dunia 2027 dan juga misi utama di Piala Asia Qatar tahun hadapan.

Perkara sama turut dikongsikan oleh pemain naturalisasi negara, Paulo Josue yang melihat sentuhan penting jurulatih menerusi beberapa kaedah unik dalam menganalisis kekuatan lawan.

Advertisements

Aksi getir ini akan berlangsung pada 6 dan 9 September 2023 dengan kedua-duanya berlangsung di Chengdu, China.

Malaysia terlebih dahulu akan menguji kekuatan pasukan ke-94 dunia, Syria sebelum berdepan gergasi ke-80 dunia iaitu China.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram