Corbin-Ong Buat Penyokong Malaysia Tersenyum Semula
MakanBola
FA Malaysia

Pertahanan kental Harimau Malaya, La’vere Corbin-Ong kini memberi khabar gembira buat pasukan negara selepas kembali menjalani latihan bersama Malaysia.

Pemain berusia 33 tahun itu difahamkan tidak dapat diturunkan bersama Malaysia ketika berdepan pasukan ke-91 dunia, Syria.

Menerusi laporan oleh Astro Arena, pemain tinggi lampai ini difahamkan mengalami kecederaan ringan ketika menjalani latihan sekaligus memberikan khabar duka buat kem negara.

Ad

Tunjang utama negara pada posisi pertahanan kiri ini terpaksa disisihkan dengan peranannya diisi oleh seorang lagi pemain berbakat, Daniel Ting.

Ad

Corbin bagaimanapun memberi senyuman kepada penyokong negara selepas beliau kembali menjalani latihan pada hari ke-10 di Qatar.

Perkara ini dirakamkan oleh lensa FAM yang memaparkan kepulangan Corbin-Ong pada sesi latihan semalam.

Ad
Ad

Beliau kini sudah beraksi sebanyak 28 perlawanan bersama Harimau Malaya dan meledak 4 gol.

Ad

Kepulangannya sudah pasti memberi lebih banyak pilihan kepada ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk mengisi posisi pertahanan negara.

Malaysia akan bertemu Jordan pada 16 Januari 2024 di Stadium Al-Janoub, Qatar.