Advertising
Hasrat Bintang ‘RM31 Juta’ Jordan Jadi Lawan Corbin-Ong Tidak Kesampaian
MakanBola
FA Jordan/Malaysia

Kelibat bintang berpengalaman Jordan yang mencecah nilai 6 Juta Euro (RM31 Juta) bakal menjadi cabaran hebat buat pertahanan kiri negara, La’Vere Corbin-Ong.

Pemain berusia 33 tahun itu menjadi pilihan utama pada posisi pertahanan kiri Harimau Malaya namun berdepan lawan yang cukup hebat di Piala Asia kelak.

Skuad kendalian Kim Pan-gon memulakan langkah yang cukup baik pada tahun 2023 selepas mencatatkan 66 peratus kemenangan sejak dikendalikannya.

Ad

Skuad negara berdepan ujian hebat di Qatar apabila bakal bertemu juara dua kali, Korea Selatan dengan juga Bahrain dan Jordan.

Ad

Harimau Malaya bakal membuka langkah berdepan pasukan ke-87 dunia, Jordan dalam misi menamatkan kemarau kemenangan berdepan pasukan Timur Tengah itu.

Antara watak penting dalam skuad kendalian Houssem Ammouta ialah pemain sayap Ligue 1, Musa Al-Taamari.

Ad
Ad

Pemain berusia 26 tahun itu telah merekodkan 12 jaringan dalam 63 penampilan bersama pasukan kebangsaan Jordan.

Ad

Beliau juga menjadi pilihan utama namun tidak akan berdepan Corbin-Ong yang mengalami kecederaan dan tidak sempat pulih berdepan Jordan.

Aksi Malaysia dan Jordan akan berlangsung pada 16 Januari 2024 jam 1:30 pagi di Stadium Al-Janoub, Qatar.