Malaysia Hilang Khidmat Corbin Ong
Harimau Malaya
FA Malaysia / Azri / Makanbola
Advertisements

Skuad kebangsaan Malaysia menerima tamparan yang hebat apabila terpaksa melupakan khidmat pertahanan kiri, La’Vere Corbin-Ong untuk aksi pertama Piala Asia 2023 menentang Jordan.

Perkara tersebut didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu siaran di Youtube rasmi Astro Arena.

Dalam perlawanan persahabatan tertutup menentang Syria tempoh hari, tempat Corbin Ong di pertahanan kiri telah diisi oleh pemain Sabah FC, Daniel Ting.

Advertisements

“Pemain yang saya boleh katakan di sini, di posisi pertahanan kiri iaitu Daniel Ting. Dah lama tidak diletakkan dalam kesebelasan utama.

“Tetapi menggantikan Corbin Ong yang mengalami kecederaan. Yang saya boleh pastikan di sini, (Corbin Ong) tak akan beraksi bertemu Jordan. Jadi kemampuan Daniel Ting ini perlu diberikan penekanan khusus di posisi pertahanan kiri.

Advertisements

“Mungkin latihan tambahan kepada Daniel Ting supaya dia lebih bersedia bertemu Jordan nanti,” jelas Zulhelmi seperti yang disiarkan di Youtube Astro Arena.

Sebelum ini, para penyokong mula meluahkan kerisauan apabila melihat Corbin Ong dan Natxo Insa hanya menjalani latihan ringan di Qatar. Difahamkan kedua-duanya kini masih dalam proses pemulihan kecederaan.

Advertisements

Malaysia yang diletakkan di dalam Kumpulan E dijadualkan bertemu Jordan pada 16 Januari untuk aksi pembukaan sebelum berdepan Bahrain pada 20 Januari. Korea Selatan bakal menjadi lawan ketiga Malaysia pada 25 Januari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram