Cristiano Ronaldo Bakal Beraksi Di Indonesia?
MakanBola
Cristiano Ronaldo

Indonesia merancang untuk membawa pemain terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo untuk beraksi di Indonesia.

Perbincangan utama antara delegasi Indonesia dan pihak Al-Nassr menjurus kepada bakat muda Sang Garuda yang mahu dihantar untuk mengembangkan bakat di Arab Saudi bersama kelab tersebut.

Pasukan gergasi Asia itu menjadi antara kelab contoh di rantau ini tatkala pelbagai kejayaan telah dikecapi dalam peringkat domestik mahupun Asia.

Ad

Kehadiran beberapa tonggak ternama dunia seperti Cristiano Ronaldo, Alex Telles, Ayemaric Laporte, Sadio Mane dan Talisca telah membuka lembaran baharu buat bola sepak di sana.

Ad

Menerusi satu laporan oleh secara terus oleh Menteri Belia dan Sukan, Indonesia juga bakal mencipta lembaran baharu dalam bola sepak di rantau Asia Tenggara selepas menjalinkan kerjasama dengan Al-Nassr.

Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Dito Ariotedjo dilaporkan telah bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Al-Nassr, Guido Fienga baru-baru ini.

Ad
Ad

Antara perkara yang dibincangkan termasuklah kemungkinan untuk bekerjasama bagi menganjurkan aksi persahabatan di Indonesia.

Ad

Selain itu, khabar baik buat bola sepak Indonesia apabila Al-Nassr membuka peluang untuk pemain Sang Garuda mengembangkan karier di sana.

“Antara perkara yang penting juga adalah kami membahas potensi talent scouting bagi bola sepak Indonesia yang ingin mengembangkan karier di Al-Nassr.

“Saya sampaikan kepada Mr. Fienga bahwa Indonesia memiliki banyak bakat muda berkualiti. Pencapaian Timnas U-23 Indonesia adalah salah satu buktinya,” jelas Dito Ariotedjo di laman Instagramnya.

View this post on Instagram

A post shared by نادي النصر السعودي (@alnassr)

Mereka juga membincangkan potensi untuk membawa Cristiano Ronaldo ke Indonesia untuk beraksi dalam satu perlawanan persahabatan.

“Disambut Mr. Guido Fienga, CEO Al-Nassr Club Co, kami membahas potensi kerjasama seperti mengadakan laga persahabatan di Indonesia. Data menunjukkan bahwa jumlah penyokonf Al-Nassr (terutama Bang Dodo) iaitu Cristiano Ronaldo di tanah air cukup signifikan.”

Hal ini memungkinkan Al-Nassr hadir bagi mengharungi aksi persahabatan menentang kelab di Liga 1 Indonesia dengan Ronaldo bakal menjadi watak tumpuan di hadapan pengikut tegar beliau di sana.