Advertisement
Cristiano Ronaldo & Bergson Jadi Muka Depan ACLE
Asia
MakanBola
JST/AFC

Dua watak tumpuan saingan AFC Champions League Elite (ACLE), Cristiano Ronaldo dan penyerang JDT, Bergson berada pada muka depan kancah bola sepak Asia.

Baru-baru ini, AFC telah mengumumkan pelancaran permainan fantasy football buat peminat bola sepak Asia.

Kelibat beberapa watak berbisa di Asia mula menjadi bualan hangat dalam misi mengetuai pasukan masing-masing ke kancah tertinggi bola sepak antara kelab terbaik rantau ini.

AFC memberi penghargaan kepada JDT dan juga Bergson apabila muncul sebaris dengan bintang ternama seperti kapten Al-Nassr, Cristiano Ronaldo, Soufianne Rahimi dan juga Anderson Lopes.

Ronaldo yang juga pemain kebangsaan Portugal diberikan nilai 12 Juta manakala Bergson bernilai 8 juta dalam permainan tersebut.

Tonggak kelahiran Brazil itu juga menjadi antara pemain pilihan utama pada posisi seragan iaitu sebanyak 13 peratus dan mengatasi tonggak Al-Ahli, Riyad Mahrez dengan 9 peratus.

JDT bakal membuka tirai kempen ACLE berdepan jaguh China, Shanghai Port pada 18 September 2024 di laman lawan.