Jaguh China, Shanghai Port dalam keadaan resah ntuk bertemu dengan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Skuad kendalian Hector Bidoglio dalam momentum cemerlang apabila menundukkan Penang dengan keputusan 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim.
JDT juga masih mengekalkan rekod kebal apabila masih belum tewas dalam mana-mana perlawanan dalam semua kejohanan setakat ini.
Persediaan mementang skuad Harimau Selatan berlaku dalam keadaan tempang selepas tonggak utama Shanghai Port, Tyias Browning.
Pemain naturalisasi England itu mengalami kecederaan ketika membantu China berdepan Arab Saudi dengan pasukan bimbingan Branko Ivankovic.
Beliau dikeluarkan seawal awal babak kedua dan digantikan oleh Wang Shang-yuan untuk mengemudi benteng pertahanan China.
Browning telah beraksi buat Shanghai Port pada tahun 2022 selain memiliki pengalaman beraksi di China sejak tahun 2019 bakal menjadi kehilangan besar buat pasukannya.
Berdasarkan rekod 5 pertemuan terakhir, Shanghai Port kini dalam momentuk cemerlang hanya tewas satu perlawanan sebelum saingan ACLE bermula.
Aksi antara Shanghai Port dan JDT berlangsung pada 18 September 2024 di Fudong Football Stadium.