Advertising
Cristiano Ronaldo Berlatih Seorang Diri
MakanBola
Al-Nassr

Bintang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dilihat berlatih bersendirian.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Twitter, video pendek berdurasi 29 saat itu memaparkan Ronaldo yang sedang berlatih di gimnasium tertutup Al-Nassr.

Difahamkan Ronaldo meneruskan latihan kecergasan meskipun latihan tersebut telah tamat dan rakan sepasukannya yang lain telah meninggalkan gimnasium.

Ad

Kesungguhan Ronaldo tersebut mendapat pujian rata-rata peminat bola sepak dunia. Pada usia 38 tahun, beliau masih gigih mengekalkan stamina untuk terus berada pada prestasi terbaik.

Ronaldo yang kini menjadi ayam tambatan pasukan berjaya memberikan kemenangan sulung buat Al-Nassr dalam kempen Liga Saudi pada semalam.

Ad
Ad

Beliau meledak hatrik ketika cemerlang memastikan tiga mata milik Al-Nassr selepas membenam Al-Fateh dengan keputusan 5-0. Al-Nassr bakal meneruskan saingan liga berdepan Al-Shabab pada Rabu, 30 Ogos 2023 kelak.

Ad