Cristiano Ronaldo Hampir Dimalukan Pasukan Ke-200 Dunia
Piala Dunia
Portugal FA
Advertisements

Penyerang lagenda Portugal, Cristiano Ronaldo sekali lagi terpaksa menjadi sandaran pasukan sungguhpun beraksi menentang pasukan ke-200 dunia semalam.

Kapten Portugal itu diberi kepercayaan untuk mengetuai jentera serangan pasukan bersama Gonçalo Ramos namun gagal mencatat sebarang jaringan pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, kudrat pemain berpengalaman ini berjaya memecah kebuntuan apabila menerima hantaran cantik daripada bintang Liverpool, Diogo Jota sebelum melepaskan rembatan untuk gol pertama pasukan.

Advertisements

Jaringannya telah meniupkan semangat perjuangan rakan sepasukan sebelum Joao Cancelo meledak gol kedua beberapa minit berselang melepasi kawalan penjaga gawang Liechtenstein.

Kemenangan itu menyaksikan Portugal dapat mengelakkan diri daripada dimalukan pasukan kerdil dan melebarkan rekod tanpa kalah dalam Kumpulan J.

Advertisements

Anak didik Roberto Martinez masih tidak tewas di peringkat kumpulan selepas 9 perlawanan dan diikuti rapat oleh Slovakia di tangga kedua dengan 19 mata, dipisahkan 8 mata dengan Portugal.

Portugal akan berdepan Iceland pada 20 November 2023 di laman sendiri bagi mengesahkan tempat ke pusingan berikutnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram