Cristiano Ronaldo Jaring Gol Dalam Asap Tebal
Asia
Al-Nassr FC
Advertisements

Asap dalam stadium bukan penghalang kepada legenda Portugal, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol dalam perlawanan Al-Nassr-Al-Ahli semalam.

Perlawanan baru saja memasuki empat minit apabila bekas penyerang Manchester United itu membuka tirai jaringan buat tuan rumah.

Selepas menerima hantaran Sadio Mane, Ronaldo berjaya melepasi pertahanan Al-Raqi sebelum melepaskan rembatan ke arah gol.

Advertisements

Menariknya, beliau berjaya menjaringkan gol walaupun tidak dapat melihat gawang pasukan pelawat yang diselubungi asap.

Asap berwarna ini sebenarnya asap piroteknik yang dilancarkan sebelum setiap perlawanan Al-Nassr bagi memeriahkan lagi atmosfera penyokong dalam stadium.

Dan seperti biasa, Ronaldo melakukan keraian ‘Siuu’ sebelum disertai rakan-rakan sepasukannya. Dua gol masing-masing dijaringkan Ronaldo dan Anderson Talisca sudah cukup untuk menumbangkan Al-Ahli 4-3.

Advertisements

Tiga gol Al-Raqi disumbang oleh bekas pemain Barcelona Frank Kessie, pemenang EPL musim lepas Riyad Mahrez dan pemain gantian Firas Al-Buraikan.

Ronaldo kini sudah menjaringkan sembilan gol dalam Saudi Pro League musim ini. Ini sekaligus menjadikan beliau penjaring terbanyak liga setakat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram