Darren Lok Harap Aura Pestabola Merdeka Menjelma Berdepan Kyrgyzstan
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Penyerang Sabah FC, Darren Lok berharap aura aksi Pestabola Merdeka dapat diulangi Malaysia bila menentang Kyrgyzstan.

Malaysia mempamerkan aksi cemerlang semasa Pestabola Merdeka 2023 dengan mengalahkan India 4-2 dalam aksi pertama kejohanan.

Biarpun skuad negara kecundang 2-0 di tangan Tajikistan pada aksi final, sokongan padu Ekor Harimau Malaya amat dihargai mereka.

Advertisements

Justeru, Darren mengharapkan penyokong negara agar terus tampil memberi sokongan di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi membantu Harimau Malaya meraih tiga mata penuh.

“Sudah tentu kita mahu para penyokong untuk keluar dan menyokong kami. Mereka sudah melakukannya semasa Pestabola Merdeka.

“Jadi, kita perlukan ramai penyokong untuk tampil membantu (Harimau Malaya) melakukan perbezaan (di gelanggang sendiri).

Advertisements

“Ianya amat berbeza apabila mereka menyokong kita kerana bila kita beraksi di tempat lawan menentang Taiwan, kita tahu itu bukan perlawanan mudah.

“Jadi, datanglah ke stadium dan berilah sokongan kepada kami pada Khamis ini,” katanya kepada MakanBola dalam sidang media hari ini.

Harimau Malaya memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2026 menentang The White Falcons di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram