Daud Bakar: 8 Bulan Saya Rungsing, Hari Ini Tersenyum Semula
Liga Super
KDA FC
Advertisements

Pemilik saham majoriti Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar mengakui merasa lega kerana dapat menyelesaikan masalah tunggakan gaji pasukan itu.

Sang Kenari kini boleh fokus kepada persiapan pra-musim 2024/25 selepas isu tunggakan gaji berjaya diselesaikan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan First Instance Body (FIB) iaitu 20 April 2024.

Ini sekaligus menjamin status Kedah untuk bersaing dalam saingan Liga Super musim 2024/25 tanpa sebarang masalah.

Advertisements

Bagi Daud, isu ini bukan saja meresahkan pemain, staf pasukan dan penyokong. Malah, hal ini turut meresahkan beliau selama lebih lapan bulan.

Dengan bantuan semua pihak termasuk penyokong, isu tunggakan gaji yang dihadapi Kedah dapat diselesaikan dengan jayanya. Dan beliau percaya, pengorbanan ini akan memacu Sang Kenari tampil lebih cemerlang apabila saingan liga bermula pada bulan hadapan.

“Hari ini (18 April 2024) hari saya paling gembira juga kerana berjaya melunaskan hutang gaji tertunggak kepada pemain dan pegawai Kedah Darul Aman FC bagi tahun 2023.

Advertisements

“Saya tahu mereka dan keluarga mereka banyak menghadapi kesukaran disebabkan kelemahan saya. Tapi mereka amat penyabar. Saya gembira kerana berjaya menunaikan tanggungjawab dunia dan agama iaitu gaji kepada mereka yang berhak.

“Sejak 8 bulan yang lalu, saya rungsing, sedih dan penat minda kerana gagal melaksanakan tanggungjawab. Hari ini saya boleh senyum semula.

“Saya juga gembira kerana peminat dan penyokong KDA FC menerima penjelasan dan pengumuman baru yang saya buat secara positif. Semua nak pakat bantu sekadar kemampuan masing-masing. Inilah titik kegembiraan yang paling tinggi.

Advertisements

“Bila peminat dan penyokong bersama saya, segala kepenatan saya selama 8 bulan hilang bagitu sahaja. Semoga saya dapat tidur nyenyak buat pertama kali pada malam ini.

“Ini semuanya adalah rahmat Ilahi yang sudah termaktub dalam ikatan takdir Ilahi,” katanya menerusi satu catatan di Facebook semalam.

Kedah ketika ini sibuk dengan program pra-musim yang diatur jurulatih, Nafuzi Zain. Mereka kini bersaing dalam kejohanan pra-musim Agarbomb Performance Cup 2024 di Terengganu.

Advertisements

Selepas berjaya mengalahkan Terengganu FC II 1-0 pada 17 April, Sang Kenari bakal berhadapan skuad senior Terengganu pula pada malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram