De Gea Jadi Makin Hebat Selepas Tinggalkan Man United
MakanBola
ACF Fiorentina
Sponsors

Bekas penjaga gol Man United, David de Gea semakin menyerlah bersama kelab barunya, Fiorentina.

Terbaru, penjaga gol berusia 33 tahun itu menjadi wira Viola dengan menewaskan A.C Milan 2-1 di Stadium Artemio Franchi pada 6 Oktober lalu.

Ad

De Gea berjaya menafikan dua penalti Rossoneri yang diambil Tammy Abraham dan Theo Hernandez. Fiorentina meraih dua gol menerusi Yacine Adli dan Albert Gudmundsson.

Ad

Sementara A.C Milan pula meraih gol saguhati menerusi bekas pemain sayap Chelsea, Christian Pulisic. Fiorentina turut berpeluang meraih gol ketiga menerusi penalti Moise Kean tetapi dinafikan oleh Mike Maignan.

Selepas perlawanan, de Gea menaikkan satu hantaran di Instagram yang berbunyi, “Bermula di Sepanyol, dibentuk di Manchester, menyukai (kehidupan) di Itali.”

Ad

Sebaik hantaran tersebut dimuat naik, ramai teruja dengan aksi hebat beliau. Ini termasuk bekas rakan sepasukan de Gea di Old Trafford, Scott McTominay.

Ad

McTominay yang kini beraksi di Serie A bersama Napoli menyifatkan persembahan beliau dalam perlawanan itu cukup mengagumkan. “Anda terlalu bagus,” katanya di ruang komen.

Ad

Komen McTominay turut dipersetujui seorang lagi graduan akademi United, Federico Macheda. Macheda menyifatkan de Gea sebagai legenda tidak kira di mana saja beliau berada.

Ini bukan kali pertama bekas penjaga gol Atletico Madrid itu cemerlang membantu Fiorentina. Sebelum ini, de Gea turut membantu Viola mara ke saingan UEFA Conference League dengan menewaskan Puskas Academy pada penghujung Ogos lalu.

Penjaga gol Sepanyol itu menafikan penalti Roland Szolnoki bagi memastikan pasukan itu mara dengan keputusan 5-4. De Gea menyertai Fiorentina sebagai ejen bebas pada 9 Ogos lalu.