De Ligt Setuju Sertai Manchester United
MakanBola
Bayern Munich
Sponsors

Pertahanan kental Bayern Munich, Matthijs De Ligt difahamkan setuju untuk sertai gergasi EPL, Manchester United bagi musim baharu nanti. 

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan terkenal Eropah, Fabrizio Romano yang melaporkan bahwa De Ligt bersedia untuk membuat perbincangan bersama Manchester United mengenai tawaran kontrak.

Ad

Pada musim lepas dibawah kendalian Thomas Tuchel, pemain berusia 24 tahun ini kurang menjadi pilihan kesebelasan utama pasukan sekaligus memberi impak mengenai masa depannya bersama Jerman.

Ad

Belanda baru sahaja mengesahkan kemaraan ke pusingan suku akhir saingan Euro 2024, De Ligt masih belum membuat penampilan pertamanya.

Ad

Antara sebab utama pemain kebangsaan Belanda ini kurang menyerlah musim lepas adalah kerana kecederaan lutut yang dialaminya. Beliau baru sembuh pulih sepenuhnya pada bulan 4 lepas. 

Ad

Untuk rekod musim lepas, De Ligt mencatatkan 30 penampilan dan menjaringkan 2 gol serta 1 bantuan jaringan.

Ad