Advertising
Debut 20 Minit Cleylton Santos Berakhir Dengan Kad Merah
Asia Tenggara
MakanBola
PSFC/Indosiar

Aksi pertama Cleylton Santos bersama Persis Solo berakhir dengan kad merah seawal minit ke-20 ketika bertemu PSM Makassar pada Isnin.

Persis Solo yang dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee turun melayani kunjungan PSM Makassar dengan tuan rumah kini masih tercari-cari 3 mata pertama bersama bekas jurulatih Sabah itu.

Ad

Datuk Ong Kim Swee menurunkan Cleylton Santos yang baru diperkenal sebagai pemain baharu minggu lalu setelah setuju untuk meninggalkan bekas pasukan, Kedah Darul Aman pada Januari lalu.

Ad

Cleylton membentuk gandingan bersama Eduardo Kunde dan Jordy Tutuarima di barisan pertahanan Persis Solo dalam misi penting bagi meraih kemenangan di hadapan penyokong sendiri.

Walau bagaimanapun, aksi Cleylton di atas padang tidak bertahan lama apabila seawal minit ke-20, bek kelahiran Brazil itu dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Irfan Wahyu.

Ad

Hal ini kerana Cleylton didakwa melakukan kekasaran apabila mengangkat kaki terlalu tinggi sehingga lutut beliau terkena bahagian belakang kepala tonggak PSM Makassar, Diasuke Sakai.

Ad

Semakan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR) menyaksikan Cleylton diberikan kad merah dan diperintah meninggalkan padang sekaligus memaksa Persis Solo beraksi dengan 10 pemain.

Ad

Keputusan akhir menyaksikan Persis Solo kecundang 0-1 di tangan PSM Makassar dengan jaringan tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain gantian, Balotelli pada minit ke-89 permainan.

Aksi seterusnya buat Persis Solo dan Ong Kim Swee adalah berdepan PSIS Semarang di laman lawan pada 20 Januari ini dengan sepak mula perlawanan tepat jam 8 malam.