Advertising
Debut Roque Mesa Bersama JDT Hanya Bertahan 24 Minit
MakanBola
Johor Southern Tigers

Penampilan pertama Roque Mesa sebagai pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya bertahan selama 24 minit.

Mesa menjadi sebahagian daripada tiga tonggak import baru Harimau Selatan bagi menghadapi saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Selain beliau, JDT turut merekrut rakan senegara, Alvaro Gonzalez dan Jonathan Viera.

Meskipun baru saja menyertai JDT, Hector Bidoglio memilih menurunkan beliau dalam kesebelasan utama untuk aksi ACLE menentang Central Coast Mariners (CCM).

Ad

Mesa menjadi pilihan jurulatih Venezuela itu untuk bergandingan dengan kapten, Natxo Insa di bahagian tengah.

Ad

Walau bagaimanapun, bekas bintang Swansea City itu bernasib malang apabila mengalami kecederaan pada minit ke-16.

Kecederaan itu dialami semasa Mesa cuba menyekat hantaran bola daripada sampai ke kaki pemain CCM, Mikael Doka.

Ad
Ad

Selepas menerima rawatan, bekas pemain tengah Sevilla itu cuba meneruskan permainan. Pada akhirnya, Mesa tidak dapat meneruskan permainan sekaligus memaksa JDT melakukan pertukaran pemain awal.

Ad

Bidoglio kemudiannya memasukkan pemain tengah Harimau Malaya, Afiq Fazail sebagai pengganti Mesa.

Ketika ini, JDT dan CCM masih terikat tanpa jaringan di Stadium Central Coast, Gosport.