Advertisement
Destinasi Oscar Jadi Tanda Tanya
Transfer
MakanBola
Shanghai Port FC

Destinasi perancang tengah Shanghai Port, Oscar Emboaba menjadi tanda tanya.

Pemain berusia 33 tahun itu bakal meninggalkan kelab China itu pada penghujung tahun 2024 selepas hampir 8 tahun berkelana di sana.

Bekas pemain Chelsea FC ini merekodkan 77 jaringan dan 141 bantuan gol dalam 248 penampilan bersama gergasi Chinese Super League itu namun memilih untuk membawa haluan baharu.

Destinasi baharunya menjadi tanda tanya besar peminat bola sepak Asia selepas berjaya membawa pulang sekitar RM817 Juta sepanjang berkelana di China.

Pemain yang membantu Shanghai Port untuk mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 2-2 tempoh hari ini pernah menjadi tumpuan peminat Malaysia yang mahu melihat kelibatnya dalam saingan di sini.

Oscar berjaya membantu Shanghai Port untuk menjulang 5 trofi iaitu tiga kali dalam saingan liga, satu trofi Chinese Cup (23/24) dan satu Chinese Super Cup pada tahun 2018.

Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi berkenaan destinasi pilihannya dengan kelab Brazil, Internacional difahamkan berminat untuk membawanya pulang.