DH Cebu Seronok Lawan Selangor
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Jurulatih DH Cebu, Mustafa Ati Goksu mengakui perlawanan bertemu Selangor FC dalam saingan AFC Champions League 2 (ACL2) pada Khamis sesuatu yang menyeronokkan.

Biarpun tewas tipis 0-1 kepada Selangor, Mustafa melihat pasukannya hampir mengejutkan pasukan Selangor pada 10 minit terakhir perlawanan namun gagal direalisasikan.

Ad

“Pertama sekali, mungkin kita telah tewas perlawanan tapi itu sesuatu yang menyeronokkan buat kami. Perlawanan yang sengit.

Ad

“Kita bolos satu jaringan, tapi di 10 minit terakhir perlawanan kita mungkin akan dapat menyamakan kedudukan namun malang kita tak berjaya mendapatkannya,” jelas Mustafa dalam sidang media selepas perlawanan kedua-dua pasukan.

Kekalahan kepada Selangor ini merupakan kekalahan kedua buat DH Cebu dalam saingan ACL2 namun para pemain DH Cebu tidak patah semangat dan cuba berikan yang terbaik pada perlawanan seterusnya.

Ad

Untuk aksi seterusnya, DH Cebu akan bertemu jaguh Thailand, Muangthong United pada 23 Oktober manakala Selangor pula akan bertemu Jeonbuk Hyundai pada tarikh yang sama.

Ad