DH Cebu ‘Tempang’ Hadapi Selangor
MakanBola
DHCEBU/Selangor Fc
Sponsors

Wakil Filipina, DH Cebu menerima tekanan hebat apabila tempang berdepan wakil Malaysia, Selangor FC.

Skuad kendalian Mustafa Ati Goksu turun dalam aksi pertama AFC Champions League Two (ACL2) berdepan wakil Korea, Jeonbuk Hyundai.

Ad

Pasukan Filipina itu bergelut untuk menampilkan aksi terbaik apabila dibelasah 6-0 sekaligus kehilangan 3 mata penting pada aksi pembukaan.

Ad

Wakil Malaysia di ACL2 iaitu Selangor FC mendapat tonik terbaik apabila berjaya mengikat jaguh Thailand, Muangthong United dengan keputusan 1-1.

Gergasi Merah dilihat memiliki kelebihan berdepan DH Cebu yang tidak berada dalam momentum terbaik susulan aksi liga yang masih belum bermula.

Ad

Sebagai rekod, Cebu menamatkan saingan Philippines Football League di tangga kedua musim 2024 dengan 12 kemenangan dan hanya dua kekalahan sementara Selangor kini menghuni tangga kedua Liga Super.

Ad

Anak buah Nidzam Jamil merekodkan tiga kemenangan, satu seri dan satu kekalahan dalam 5 aksi terakhir dalam semua kejohanan.

Ad

Aksi antara Selangor dan DH Cebu bakal berlangsung pada 3 Oktober 2024 di Stadium MBPJ jam 8 malam.