“Dia Mengingatkan Saya Kepada Ronaldinho”
MakanBola
FC Barcelona/Manchester United
Sponsors

Pengurus baru Juventus, Thiago Motta melihat bekas pemainnya, Joshua Zirkzee memiliki bakat mirip legenda Brazil, Ronaldinho.

Zirkzee baru-baru ini melengkapkan perpindahan ke Manchester United dari Bologna dengan yuran perpindahan £35.7 juta (RM216 juta).

Ad

Penyerang berusia 23 tahun itu memeterai kontrak sehingga tahun 2029 dengan pilihan lanjutan kontrak selama setahun. Zirkzee menjadi pemain pertama yang dibawa United untuk kempen musim 2024/25.

Ad

Ramai penyokong The Red Devils melihat penyerang Belanda itu sebagai penyerang sokongan kepada peledak muda Denmark, Rasmus Hojlund.

Dan ramai peminat teruja apabila Motta menyamakan bakat yang dimiliki Zirkzee mirip Ronaldinho. Jurulatih berusia 41 tahun itu bukan asing dengan bekas penyerang Bayern Munich itu kerana pernah melatihnya di Bologna selama semusim.

Ad

“Melihat beliau dari hari ke hari, beliau mengingatkan saya kepada Ronaldinho semasa saya bermain di Barcelona, tetapi saya tidak dapat membandingkannya dengan sesiapa pun.

Ad

“Beliau Joshua (Zirkzee), beliau istimewa, beliau menikmati bola sepaknya dan paling penting, sangat bekerja keras dalam latihan,” katanya seperti yang dilaporkan Daily Mail.

Ad

Ramai penyokong United tidak sabar melihat kelibatnya beraksi dalam perlawanan pra-musim yang sedang berjalan. The Red Devils membuka kempen pra-musim dengan kekalahan apabila tewas kepada Rosenborg 1-0.

Pasukan yang dibimbing Erik ten Hag itu berharap dapat bangkit menjelang aksi pra-musim seterusnya menentang Glasgow Rangers di Murrayfield pada 20 Julai ini.