Dion Cools Berpotensi Beraksi Menentang Kelab Malaysia
MakanBola
Buriram United
Sponsors

Pemain pertahanan Malaysia, Dion Cools berpeluang beraksi menentang kelab Malaysia apabila saingan Shopee Cup bermula pada 17 Julai ini.

Ini selepas kelab beliau, Buriram United dinamakan sebagai salah satu daripada dua wakil Thailand yang beraksi dalam kejohanan itu.

Ad

Sementara BG Pathum United dipilih sebagai satu lagi pasukan yang mengiringi Buriram ke Shopee Cup.

Ad

Buriram dipilih atas kapasiti sebagai juara Thai League 1 dan Thai League Cup musim 2022/23.

Memandangkan Thunder Castle juga merupakan juara Thai League Cup, BG Pathum yang merupakan naib juara pada musim tersebut dipilih sebagai pasukan kedua.

Ad

Kriteria ini turut digunakan Thai League dalam menentukan pasukan mana yang layak ke peringkat kumpulan dan penentuan play-off Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023/24.

Ad

Kedua-dua pasukan ini melengkapkan senarai 10 kelab yang layak ke peringkat kumpulan. Malaysia diwakili oleh KL City FC dan Terengganu FC.

Ad

Manakala cabaran Indonesia pula digalas PSM Makassar dan Borneo FC. Sementara Vietnam memilih Cong An Ha Noi (CAHN) dan Thanh Hoa sebagai wakil ke Shopee Cup.

Sementara Singapura dan Filipina masing-masing menghantar Lion City Sailors dan Kaya FC – Iloilo sebagai wakil pilihan.

Dengan cabutan undi kumpulan bakal diadakan pada hari ini, Cools berpeluang menentang rakan-rakan sepasukan dalam Harimau Malaya sama ada Terengganu atau KL City.

Sekiranya Thunder Castle bertemu The City Boys di peringkat kumpulan, beliau bakal beradu dengan Paulo Josue, Brendan Gan, Azri Ghani dan Haqimi Rosli.

Sementara dengan Terengganu pula, Cools bakal menentang Safawi Rasid, Ubaidullah Shamsul Fazili, Azam Azmi Murad, Suhaimi Husin dan Safwan Mazlan.

Cabutan undi kumpulan bakal diadakan di Ho Chi Minh City, Vietnam hari ini pada jam 12.00 tengah hari waktu Malaysia.