Asia Tenggara

Dion Cools Dalam Kesebelasan Terbaik Liga Thailand

Dion Cools Buriram United 11 Dion Cools Dalam Kesebelasan Terbaik Liga Thailand
Buriram United
Advertisements

Nama pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools kembali menjadi sebutan peminat bola sepak Thailand baru-baru ini.

Ini selepas namanya tersenarai dalam Kesebelasan Terbaik Thai League 1 musim 2023/24. Kesebelasan terbaik liga ini diumumkan dalam FA Thailand Awards 2023/24.

Perkara ini dikongsikan Cools menerusi satu hantaran di Instagram Story beliau baru-baru ini. Ini dilihat sebagai pengiktirafan kepada usahanya membantu Buriram United bergelar juara liga pada musim lepas.

Cools bukan satu-satunya pemain Buriram yang tersenarai dalam pasukan terbaik liga musim 2023/24. Turut tersenarai dalam kesebelasan sama ialah Supachai Chaided dan kapten, Theerathon Bunmathan.

Supachai turut meraih dua anugerah dalam majlis sama iaitu Penjaring Gol Terbanyak Thai League 1 2023/24 dan Pemain Paling Bernilai (MVP) Thai League 1 2023/24.

Anugerah ini dijangka menyuntik semangat pemain pertahanan berusia 28 tahun itu untuk menghadapi kempen musim 2024/25.

Cools ketika ini giat menjalani latihan pra-musim bersama Thunder Castle selepas kekal bersama pasukan itu selama semusim lagi.