Dion Cools & Endrick Belum Lapor Diri
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengesahkan bahawa dua tonggak penting pasukan, Dion Cools dan Endrick Dos Santos masih belum melaporkan diri atas sebab-sebab tertentu.

Skuad kebangsaan kini dalam persiapan menjelang kejohanan penting iaitu Piala Asia 2023 dengan percaturan ampuh pengendali kelahiran Korea Selatan itu ditagih untuk memantapkan pasukan.

Mengulas lanjut, beliau berpuas hati dengan senarai 26 orang pemain yang menggalas tanggungjawab kali ini sungguhpun mengakui terdapat beberapa pemain yang tidak dapat menyertai skuad kerana kecederaan.

Advertisements

Pan-gon juga memaklumkan mengenai ketiadaan dua tonggak penting pasukan iaitu Dion Cools dan Endrick masih belum melaporkan diri atas sebab tertentu.

“Selepas musim ini, kita beri mereka sedikit masa selama seminggu untuk pemulihan. Jadi, mereka kelihatan segar bila kembali ke kem skuad kebangsaan.”

Advertisements

“Saya fikir ada tiga pemain yang belum dapat sertai (kita). Dion (Cools) disebabkan jadual liga (membabitkan Buriram United), beliau akan menyertai kita pada 1 atau 2 Januari mengikut jadual kita.”

Perancang tengah JDT, Endrick juga tidak dapat menyertai latihan atas sebab peribadi.

Advertisements

“Seorang lagi (ialah) Endrick, beliau memberitahu akan masuk lewat kerana (bakal dapat) bayi lelaki, beliau lewat kerana urusan keluarga. Saya fikir yang lain semua sudah ada di sini,” jelasnya.

Ini bakal menjadi detik terbaikbuat Malaysia untuk mencipta detik indah di Qatar dengan sasaran untuk mara ke pusingan kalah mati.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram