Dion Cools Jelaskan Perbezaan Ketara Sistem Bola Sepak Asia & Eropah
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

(Arkib 5 Jun 2022) Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools sudah pun mula memahami falsafah dan juga permainan yang diperagakan di Asia sekaligus memudahkan tugas beliau di atas padang.

Pemain yang berkelana di Denmark bersama FC Midtjylland mengakui beliau kini lebih selesa untuk beroperasi selaku pertahanan tengah selepas bimbingan yang diberikan oleh barisan kejurulatihan skuad kebangsaan terhadapnya.

Malah, beliau juga kelihatan teruja untuk turun beraksi menjelang Kelayakan Piala Asia menentang Turkmenistan pada 8 Jun ini.

Advertisements

Cools yang sebelum ini menjalani tempoh pinjaman yang cukup baik bersama FC Zulte Waregem ini menjelaskan terdapat perbezaan yang ketara antara pendekatan bola sepak di Asia dan juga Eropah.

Pemain berusia 26 tahun itu menjelaskan, ini menyebabkan beliau perlu segera untuk memahami penerapan taktikal yang dilakukan oleh jurulatih bagi memberikan aksi yang terbaik di atas padang.

“Aspek terbesar yang membezakan antara Asia dan juga Eropah adalah dari segi taktikalnya.”

Advertisements

“Saya juga tahu sistem apa yang diguna pakai dan sistem apa yang pasukan mahu gunakan'” jelasnya dalam satu video oleh The Armchair.

Beliau melihat kepelbagaian pendekatan ini juga semestinya mempunyai kelebihan dan juga kekurangan terhadap persembahan sesebuah pasukan.

Cools yakin beliau dan rakan-rakan tidak boleh terleka dan harus faham dengan lebih pantas untuk mematahkan perancangan yang cuba dilakukan oleh lawan di atas padang.

Advertisements

Pemain kelahiran Sarawak ini juga dijangka terus kekal dalam kesebelasan utama pasukan menjelang pertemuan dengan Turkmenistan, 8 Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram