Asia Tenggara
Buriram United
Advertisements

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools mengetuai pesta jaringan besar Buriram United dalam aksi terakhir Thai League 1 hari ini.

Advertisements

Selepas kecewa disingkirkan Muangthong United dalam saingan separuh akhir Thai League Cup baru-baru ini, Buriram berazam mendapatkan kemenangan ke atas Khon Kaen United.

Dan Cools memastikan Thunder Castle mendahului seawal minit ke-12 selepas menyudahkan hantaran Theerathon Bunmathan. Tujuh minit kemudian, Supachai Chaided menggandakan kelebihan Buriram selepas menerima hantaran Theerathon.

Advertisements

Brenner memastikan Khon Kaen merapatkan jurang menerusi gol pada minit ke-29. Keceriaan pelawat tidak bertahan lama apabila Guilherme Bissoli meledakkan gol ketiga pada minit ke-39.

Buriram terus ghairah memburu gol tambahan tetapi keputusan 3-1 kekal sehingga rehat separuh masa.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Thunder Castle yang dibimbing pengendali baru dari Brazil, Emerson Pereira terus menggandakan serangan.

Supachai menyumbat gol ke-20 dalam liga musim ini dengan menyempurnakan hantaran Bissoli pada minit ke-55. Beliau kemudiannya mencipta peluang yang disudahkan penyerang Brazil itu pada minit ke-62.

Advertisements

Tujuh minit kemudian, giliran Theerathon mencipta nama sebagai penjaring. Khon Kaen berharap dapat menambah gol apabila dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-80.

Malangnya, sepakan yang diambil pemain gantian, Chitsanuphong Choti mudah dinafikan penjaga gol tuan rumah, Siwarak Tedsungnoen.

Advertisements

Sebaliknya, giliran Supachai mencipta hatrik dengan menyudahkan penalti pada minit ke-86. Khon Kaen kemudiannya mendapat gol kedua menerusi Tawin Butsombat pada minit ke-92.

Buriram menutup kempen liga dengan kemenangan 8-2 menerusi gol pemain gantian, Thanakrit Chotmuangpak seminit selepas itu. Kemenangan ini turut memastikan Supachai meraih anugerah Kasut Emas dengan 21 gol.

Cools yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan turut menerima markah 7.8 mata daripada Sofascore.

Kemenangan besar ini dijangka menjadi tonik semangat buat beliau menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan skuad negara yang berlangsung pada bulan depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram