Hasrat Dion Cools Raih Trofi Ke-5 Di Thailand Berkecai
Asia Tenggara
MakanBola
Buriram United
Advertisements

Keinginan pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools meraih trofi kelima di Thailand tidak kesampaian semalam.

Ini selepas Muangthong United meraih kemenangan 2-0 ke atas kelab beliau, Buriram United dalam aksi separuh akhir Thai League Cup musim 2023/24.

Advertisements

Thunder Castle berharap dapat mempertahankan gelaran juara Thai League Cup yang dimenangi pada musim lepas bagi memastikan mereka menamatkan musim dengan gelaran berganda.

Sebelumnya, Buriram muncul juara Thai League 1 musim ini selepas pencabar mereka, Bangkok United tewas mengejut 3-0 kepada Police Tero.

Advertisements

Lantas, tidak hairanlah Thunder Castle yang dibimbing Jorginho Campos menurunkan kesebelasan terkuat termasuk Cools di Stadium Buriram.

Pemain pertahanan berusia 27 tahun itu beraksi di bek tengah bersama Kenny Dougall dan Jefferson Tabinas.

Advertisements

Dengan enam percubaan termasuk dua percubaan tepat pada separuh masa pertama, ramai penyokong menyangka Buriram bakal meraih kemenangan ke atas The Kirins.

Sebaliknya, pelawat mendahului menerusi pemain tengah menyerang muda, Kakana Khamyok pada minit ke-53. Pemain sayap Thailand, Jaroensak Wonggorn memastikan kemenangan milik Muangthong dengan gol pada minit ke-88.

Advertisements

Kemenangan ini bakal menemukan The Kirins dengan naib juara Thai League Cup musim lepas, BG Pathum United. The Rabbits mara ke final selepas menewaskan Port FC 2-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Sepanjang bersama Buriram, Cools telah menjulang trofi Thai League 1 sebanyak dua kali, Thai League Cup sekali dan Thai FA Cup sekali.

Advertisements

News Comments Account