Ads
Dion Cools: Misi Hidup Mati Buat Harimau Malaya
Harimau Malaya
FA Malaysia

Pemain pertahanan Malaysia, Dion Cools mengakui perlawanan menentang Kyrgyzstan esok sebagai misi hidup mati buat skuad negara.

Advertisements

Perlawanan kelima Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 itu bukan saja bakal menentukan sama ada Malaysia layak ke pusingan ketiga kelayakan atau tidak.

Advertisements

Malah, ini akan membantu skuad negara mara lebih awal secara merit ke Piala Asia 2027 yang diadakan di Arab Saudi.

Advertisements
Advertisements

Meskipun skuad negara berdepan masalah kecederaan dan beraksi di tempat lawan, itu bukan satu isu buat Harimau Malaya.

Atas sebab itu, Cools melihat skuad negara sudah bersedia untuk memberikan persembahan terbaik demi mendapatkan kemenangan esok.

Advertisements

“Saya fikir seluruh pasukan tahu kepentingan perlawanan ini jadi kemahuan dan tumpuan (para pemain) terserlah semasa latihan.

“Jadi, amat penting kita bersedia dari segi fizikal dan mental untuk perlawanan ini kerana kita tahu ini misi hidup mati buat kita.

“Jadi, kita akan bersedia untuk perlawanan esok dan ya, kita juga mahu mendapatkan kemenangan,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan yang berlangsung pada hari ini.

Ketika ini, Malaysia berada di tangga ketiga Kumpulan D dengan enam mata daripada empat perlawanan.

Advertisements

Malaysia bakal turun menentang Kyrgyzstan di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek esok pada jam 11.00 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram