Nama kapten Harimau Malaya, Dion Cools kembali menjadi sebutan baru-baru ini.
Ini selepas akaun media sosial J-League International memuat naik video gol kedua kelabnya, Cerezo Osaka ketika menentang Avispa Fukuoka.
Apa yang menarik, gerakan serangan yang membawa kepada gol tersebut dimulakan oleh Cools dari bahagian pertahanan.
Bekas pemain Buriram United itu bergerak dari sebelah kanan sebelum melorongkan bola ke bahagian tengah.
Gol tersebut kemudiannya disempurnakan penyerang Brazil, Thiago Andrade. Satu lagi gol Cerezo disumbang oleh pemain baharu pasukan itu, Solomon Sakuragawa.
Dua gol itu memastikan Cerezo meraih kemenangan pertama musim ini dalam Kumpulan B J-League 1. Prestasi Cools turut menyebabkan beliau dipilih pemain terbaik perlawanan.
Cerezo kini mengalihkan fokus kepada aksi kumpulan seterusnya menentang Sanfrecce Hiroshima pada 22 Februari.