Thai League 1: Dion Cools Pimpin Buriram Tundukkan Chiangrai United
Asia Tenggara
Buriram United
Advertisements

Bek tengah negara, Dion Cools membantu Buriram United menghadiahkan kemenangan pertama kepada jurulatih baru mereka, Jorginho Campos.

Ini selepas pasukan yang diberi jolokan Thunder Castle itu mengatasi cabaran Chiangrai United 2-1 dalam aksi terbaru Thai League 1.

Perlawanan hari ini merupakan perlawanan pertama Campos sebagai jurulatih menggantikan pengendali Australia, Arthur Papas.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan tuan rumah bermula dengan garang bagi mendapatkan gol awal. Hasilnya, Supachai Chaided meletakkan Buriram di hadapan pada minit ke-18.

Tersentak, Chiangrai yang dibimbing jurulatih Brazil, Gabriel Magalhaes bangkit memburu gol penyamaan.

Hasilnya, penyerang muda Brazil, Rodriguinho menyumbat gol penyamaan pada minit ke-28. Ini gol keduanya bersama Chiangrai sejak menyertai kelab itu pada Januari lalu.

Advertisements

Kedua-dua pasukan berusaha mencari gol tambahan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Buriram terus memberi tekanan kepada pasukan pelawat untuk mendapatkan gol kedua.

Malangnya, barisan pertahanan pelawat diketuai Marco Ballini kerap menggagalkan barisan serangan tuan rumah diketuai Supachai dan Guilherme Bissoli.

Advertisements

Kesungguhan Thunder Castle mendapatkan gol akhirnya berhasil menerusi Supachai pada minit ke-61. Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Impak Supachai sebagai penjaring gol kemenangan diiktiraf Sofascore. Beliau dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 9.2.

Buriram selepas ini bakal berdepan BG Pathum United untuk aksi liga seterusnya pada 3 April ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram