Pemenang Piala Dunia Dilantik Jurulatih Baru Buriram
Asia Tenggara
Buriram United
Advertisements

Pemenang Piala Dunia 1994, Jorginho Campos diumumkan sebagai jurulatih baru juara Thai League 1 musim lepas, Buriram United.

Campos dibawa masuk menggantikan jurulatih Australia, Arthur Papas yang dipecat selepas Buriram tersingkir daripada saingan Thai FA Cup 2024.

“Buriram United telah mencapai perjanjian dengan Jorge de Amorim Campos, juga dikenali oleh peminat seluruh dunia sebagai Jorginho.

Advertisements

“Jurulatih teratas berusia 59 tahun yang berpengalaman menguruskan pasukan Serie A Brasil, liga teratas negara Samba itu, telah datang dengan tuah untuk mengisi posisi ketua jurulatih Buriram United,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Jurulatih berusia 59 tahun itu bukan saja berpengalaman membimbing kelab-kelab Brazil seperti Flamengo, Vasco da Gama dan Bahia.

Advertisements

Malah, Campos juga merupakan penolong jurulatih kepada legenda Brazil, Dunga semasa melatih pasukan itu dari 2006 hingga 2010.

Beliau juga memiliki pengalaman melatih kelab Asia menerusi kelab J1 League, Kashima Antlers pada 2012.

Advertisements

Campos bakal dibantu rakan senegara yang juga bekas jurulatih Chiangrai United, Emerson Pereira sebagai penolong jurulatih.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram