Kelab Divisyen 3 Thailand, Bangkok FC Malukan Buriram United
Asia Tenggara
Buriram United
Advertisements

Pendahulu Thai League 1, Buriram United bernasib malang apabila disingkirkan kelab divisyen tiga Thailand, Bangkok FC dari pusingan 16 pasukan terbaik saingan Thai FA Cup.

Kekalahan ini bermakna akan ada pasukan baru yang menjulang trofi Thai FA Cup pada akhir musim nanti.

Meskipun tidak menurunkan ramai pemain utama termasuk bek tengah Malaysia, Dion Cools, Thunder Castle masih dilihat pasukan pilihan untuk mara ke pusingan seterusnya.

Advertisements

Malangnya, mereka ketinggalan awal menerusi penyerang Brazil, Eydison seawal minit kedua perlawanan.

Buriram kemudiannya membalas masing-masing menerusi Lucas Crispim (minit ke-29) dan Lonsana Doumbouya (minit ke-32). Keputusan 2-1 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, permainan semakin rancak membabitkan kedua-dua pasukan. Bagaimanapun, Bangkok FC mula pamer taring mereka sebagai tuan rumah.

Advertisements

Dudu Lima merobek gawang pelawat dengan tiga gol pada minit ke-48, 49 dan 69. Buriram kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi Doumbouya pada minit ke-98 dan Theerathon Bunmathan (minit ke-100).

Tatkala perlawanan berpotensi diheret ke masa tambahan, Wachirawut Phudithip meranapkan impian pelawat dengan gol kemenangan pada minit ke-104.

Gol tersebut cukup penting lebih-lebih lagi selepas Eydison dibuang padang seminit selepas itu kerana mengutip kad kuning kedua. Keputusan 5-4 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Ini menjadikan Thai League Cup dan Thai League 1 sebagai dua trofi yang perlu dipertahankan Buriram United jika mahu menamatkan kempen musim 2023-2024 dengan jayanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram