Dion Cools: Saya Dalam Kondisi Terbaik
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Bek tengah Harimau Malaya, Dion Cools mengakui dirinya berada pada tahap terbaik untuk membantu pasukan mendepani dua aksi persahabatan menentang Syria dan China.

Selepas tunduk 2-0 kepada Bangkok United dalam aksi Thailand Champions Cup, Cools memastikan Buriram United kekal tanpa kalah dalam tiga perlawanan awal Thai League 1.

Ad
Sponsors

Selain membuat permulaan baik dalam liga, Cools juga memastikan benteng Thunder Castle tidak dibolosi dalam tiga perlawanan sama. Ini memberi keyakinan kepada beliau untuk meneruskan prestasi cemerlangnya bersama skuad kebangsaan.

Ad

“Ianya bagus. Kita sudah bermain empat perlawanan dalam liga Thai. Jadi, saya berada dalam keadaan yang terbaik,” katanya kepada MakanBola.

Cools dijangka kembali menerajui barisan pertahanan Harimau Malaya yang hanya bolos sekali dalam empat perlawanan antarabangsa terakhir.

Ad

Begitupun, Syria dan China bakal memberi cabaran lebih getir kepada skuad negara bersesuaian dengan kedudukan mereka dalam 100 pasukan teratas FIFA. Malaysia akan berdepan Syria pada 6 September sebelum menentang China tiga hari selepas itu.

Ad