Dion Cools Tenang Kemudi Buriram United
Asia Tenggara
Buriram United
Advertisements

Bek tengah Malaysia, Dion Cools tenang membantu kelabnya, Buriram United mengatasi cabaran Police Tero dalam aksi terbaru Thai League 1 hari ini.

Selepas cemerlang ketika menentang Zhejiang minggu lepas, bekas bek tengah Club Brugge itu berharap dapat mengekalkan rekod tanpa bolos Thunder Castle dalam liga.

Babak pertama menyaksikan dominasi Buriram. Dan dominasi mereka membuahkan hasil apabila peledak utama Lonsana Doumbouya menanduk masuk hantaran Goran Causic pada minit ke-21.

Advertisements

Tersentak, The Silver Shield Dragons cuba bangkit tetapi keputusan 1-0 memihak kepada Buriram sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Thunder Castle terus mengasak tuan rumah bagi menjamin kelebihan mereka.

Advertisements

Kesungguhan mereka akhirnya berhasil apabila Doumbouya menanduk hantaran pemain sayap Azerbaijan, Ramil Sheydayev ke-57.

The Silver Shield Dragons cuba memburu gol saguhati. Perkara itu akhirnya tercapai apabila kapten Isaac Honny menanduk sepakan sudut pemain gantian Jenphob Phokhi pada minit ke-86.

Advertisements

Kemenangan ini melonjakkan Buriram ke persada liga dengan 13 mata, dua mata di hadapan Bangkok United. Kedudukan ini boleh kekal dengan syarat BG Pathum mengikat Bangkok Angels sehingga tamat dalam satu lagi aksi Thai League 1.

Bagi Cools pula, biarpun dibolosi pada minit-minit akhir perlawanan, itu langsung tidak menggugat markah persembahannya hari ini. Sofascore memberi markah 7.1 kepadanya atas persembahan menentang Police Tero.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram