Disangka Hilang, Karim Benzema ‘Terkandas’ Di Mauritius
Asia
Ittihad SC
Advertisements

Hubungan legenda Perancis, Karim Benzema dengan kelab Arab Saudi, Al-Ittihad semakin keruh.

Akhbar Marca melaporkan bekas penyerang Real Madrid itu gagal melapor diri untuk perjumpaan semula pasukan pada Jumaat lepas.

Sebelum ini, Benzema diberi perlepasan oleh kelab selepas The Tigers tewas 5-2 kepada Al-Nassr dalam saingan Saudi Pro League.

Advertisements

Atas sebab itu, bekas penyerang Perancis itu dikecualikan daripada kem latihan mini yang diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang bermula pada minggu ini.

Bagaimanapun, kem Benzema menegaskan beliau sebenarnya terkandas di Mauritius semasa bercuti di sana. Ini kerana negara Afrika itu sedang dibadai ribut tropika Belal.

Penjelasan kem pemain itu gagal memuaskan hati pengurusan Al-Ittihad. Ini kerana Benzema boleh saja bertolak pulang lebih awal ke Arab Saudi agar dapat menghadiri perjumpaan semula pasukan pada Jumaat lalu.

Advertisements

Penyerang Perancis itu berdepan situasi sukar selepas menyertai The Tigers dengan kontrak bernilai £285 juta (RM1.6 bilion) pada tetingkap perpindahan musim panas 2023.

Mengikut statistik terkini Transfermarkt, Benzema telah menjaringkan 12 gol dan lima bantuan gol dalam 20 perlawanan semua kejohanan.

Hubungan kedua-dua pihak yang semakin keruh menyaksikan Benzema turut digosipkan dengan perpindahan ke luar Arab Saudi.

Advertisements

Salah satu daripadanya ialah beliau digosipkan bakal berpindah ke Manchester United dengan kontrak pinjaman selama enam bulan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram