Disisihkan Saat Akhir, Ong Kim Swee Kongsi Keadaan Emosi Saddil Ramdani
Asia
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Sabah FC, Dato’ Ong Kim Seee berkongsikan keadaan emosi pemain sayap pasukan, Saddil Ramdani menjelang sepak mula Piala AFC 2023.

Pemain berusia 25 tahun itu tidak menjadi pilihan utaka ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong untuk berada dalam senarai akhir ke Qatar.

Beliau antara dua pemain yang disisihkan saat akhir oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu tatkala Sang Garuda mara ke pusingan kalah mati.

Advertisements

Bagi Kim Swee, Saddil perlu menjadikan detik ini sebagai satu pengajaran buatnya untuk tampil lebih baik pada masa hadapan.

“Saddil dan pemain lain harus faham apabila mereka berada pada peringkat kelab dan skuad kebangsaan itu berbeza. Setiap jurulatih mempunyai perancangan mereka yang tersendiri.”

“Apa yang penting di sini adalah apabila Saddil digugurkan, ini tidak bermakna karier Saddil telah berakhir. Kita di sini (Sabah) masih banyak kejohanan yang perlu ditempuhi.”

Advertisements

Bekas pengendali kebangsaan itu juga mahu Saddil membuktikan aksi yang lebih baik selepas ini dan terus melebarkan sayap sebagai salah seorang pemain terbaik di rantau ini.

“Saddil perlu menjadikan kejadian ini sebagai pengajaran dan pada masa hadapan beliau akan menjadi lebih matang selain membuktikan pada masa akan datang agar beliau dapat kembali bersama Timnas Indonesia,” ujarnya kepada Astro Arena.

Sabah kini sedang membuat persiapan rapi bagi aksi separuh akhir Zon Asean dengan beberapa aksi persahabatan sedang diatur dan bakal bertemu wakil Australia, Macarthur FC pada 13 Februari 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram