“Digugurkan Tak Bermakna Karier Saddil Ramdani Berakhir” – Ong Kim Swee
AFC Cup
Saddil Ramdani
Advertisements

Ketua jurulatih Sabah FC, Dato’ Ong Kim Swee meminta agar Saddil Ramdani memahami situasi yang melandanya bersama kem Timnas Indonesia.

Pengendali Sang Garuda, Shin Tae-yong membuat keputusan untuk menggugurkan Saddil Ramdani itu daripada skuad akhir di Qatar.

Indonesia bagaimanapun berjaya mara ke pusingan kalah mati namun dibelasah oleh Australia dengan keputusan 4-0.

Advertisements

Menerusi satu temu bual eksklusif bersama wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, jurulatih berusia 53 tahun itu yakin Saddil bakal menjadi pemain yang lebih baik selepas ini.

“Saddil dan semua pemain harus faham apabila mereka berada pada peringkat kelab dan skuad kebangsaan itu berbeza. Setiap jurulatih mempunyai perancangan tersendiri.”

“Apa yang penting di sini adalah apabila Saddil digugurkan, ini tidak bermakna karier Saddil telah berakhir. Kita di sini (Sabah) masih banyak kejohanan yang perlu ditempuhi.”

Advertisements

Kim Swee mahu pemain itu menjadikan detik ini sebagai pengajaran besar dalam hidupnya.

“Saddil perlu menjadikan kejadian ini sebagai pengajaran dan pada masa hadapan beliau akan menjadi lebih matang selain membuktikan pada masa akan datang agar beliau dapat kembali bersama Timnas Indonesia,” ujarnya kepada Astro Arena.

Kim Swee juga percaya Saddil merupakan pemain berbakat besar dan salah satu bintang terbaik di rantau ini.

Advertisements

Sabah kini sedang membuat persiapan rapi bagi aksi separuh akhir Zon Asean dan bakal bertemu wakil Australia, Macarthur FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram