Piala Asia: Selamat Tinggal Saddil Ramdani
Asia
PSSI
Advertisements

Pemain sayap sensasi pasukan Timnas Indonesia, Saddil Ramdani secara rasminya tidak akan berada dalam skuad Sang Garuda di Piala Asia.

Bintang lincah Sabah FC itu menikmati musim terbaik bersama The Rhinos musim ini selepas beraksi hampir semua perlawanan dalam Liga Super Malaysia.

Beliau juga memainkan peranan yang amat besar bersama pasukan Timnas Indonesia di bawah kendalian Shin Tae-yong sejak tahun lalu.

Advertisements

Menerusi satu perkembangan oleh laman Timnas Indonesia, nama pemain berusia 24 tahun itu tidak berada dalam senarai 26 pemain yang bakal beraksi di Qatar.

Malah, nombor jersi yang sering dipakai oleh Saddil bersama skuad kebangsaannya iaitu nombor 17 telah pun diganti oleh seorang lagi bintang berbakat Indonesia, Adam Alis.

Saddil difahamkan telah mengalami kecederaan ketika berdepan Iran tempoh hari setelah beraksi baik menentang Libya dalam dua aksi persahabatan sebelum itu.

Advertisements

Indonesia bagaimanapun masih memiliki beberapa pilihan lain untuk mengisi kekosongan tersebut dengan bintang seperti Egy Maulana, Witan Sulaeman dan lain-lain masih berpeluang merebut tempat.

Indonesia akan membuka pentas Piala Asia 2023 menentang Iraq pada 15 Januari 2024 Di Stadium Ali bin Ahmed.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram