Nilai Skuad Indonesia Naik Mendadak, Atasi Pasukan Ke-70 Dunia
Asia
Timnas Indonesia
Advertisements

Nilai pasaran skuad Indonesia meningkat dengan begitu mendadak pada tahun ini selepas menerima beberapa kehadiran pemain warisan dan naturalisasi.

Pasukan bimbingan Shin Tae-yong kini menghuni tangga ke-146 dunia selain menerima tamparan hebat apabila tewas dalam dua aksi terakhir menentang Libya.

Skuad Garuda bagaimanapun menerima perkembangan yang amat memberangsangkan apabila nilai pasaran pasukan itu naik mendadak pada tahun ini.

Advertisements

Menerusi kemas kini oleh laman Transfermarkt, Indonesia kini menghuni tangga ke-15 dalam kelompok pasukan Piala Asia dengan 8.70 juta Euro (RM44.2 Juta).

Kedudukan ini menyaksikan Indonesia berjaya mengatasi beberapa negara yang lebih baik dalam ranking FIFA iaitu Oman, Lubnan dan Tajikistan.

Oman menghuni tangga ke-74 dunia berada pada kedudukan ke-16 (RM38.12 Juta) sementara Lubnan dan Tajikistan masing-masing dengan RM37.8 Juta dan RM36.8 Juta.

Advertisements

Malaysia pula berada di tangga ke-19 dengan 6.73 juta Euro (RM34.2 Juta) termasuklah berjaya berada pada tangga lebih baik berbanding pasukan ke-94 dunia iaitu RM32 Juta.

Pasukan matahari terbit, Jepun menjadi pasukan dengan nilai pasaran pemain tertinggi di Piala Asia iaitu setinggi 316.95 Juta Euro (RM1.62 Bilion).

Malaysia bakal membuka cabaran berdepan pasukan ke-87 dunia, Jordan bagi aksi Kumpulan E Piala Asia di Stadium Al-Janoub dengan misi untuk mara ke pusingan kalah mati kejohanan berprestij ini.

Advertisements

Indonesia pula akan membuka tirai saingan berdepan pasukan ke-26 dunia, Iraq pada 15 Januari 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram