Terengganu Catat Rekod Unik Berdepan Central Coast Mariners
AFC Cup
Terengganu FC
Advertisements

Terengganu kini mempunyai rekod unik berdepan kelab Australia, Central Coast Mariners dalam saingan Piala AFC musim ini.

Central Coast Mariners sah melangkah ke separuh akhir antara zon Piala AFC setelah menewaskan Macarthur dengan jaringan 3-2.

Wakil Australia itu mempunyai rekod cemerlang apabila hanya tewas sekali sepanjang saingan Piala AFC setakat ini dan kekalahan itu hadir sewaktu menentang pasukan Terengganu.

Advertisements

Terengganu berjaya menewaskan Central Coast Mariners 1-0 hasil jaringan sendiri pemain Nathan Paull.

Kemudian Central Coast Mariners bangkit mempamerkan kehebatan apabila membelasah Stallion Laguna 9-1 dan juga Bali United dengan jaringan 6-3. Wakil Australia itu berjaya menewaskan kelab dari Filipina dan Indonesia sebanyak dua kali apabila menang sekali lagi bertemu Stallion Laguna (3-0) dan juga Bali United (2-1).

Advertisements

Namun Central Coast Mariners sekali lagi gagal menewaskan Terengganu apabila terikat seri 1-1 dilaman sendiri.

Central Coast Mariners kemudian mengalahkan Phnom Penh 4-0 dan terbaru Macarthur 3-2 untuk melayakkan diri ke separuh akhir antara zon Piala AFC.

Advertisements

Statistik tersebut menyaksikan hanya Terengganu yang berjaya menewaskan Central Coast Mariners dalam saingan Piala AFC musim ini dan Terengganu juga tidak pernah tewas dalam dua aksi peringkat kumpulan bertemu kelab Australia itu.

Namun Terengganu harus melupakan saingan Piala AFC setelah gagal ke pusingan kalah mati apabila menamatkan peringkat kumpulan di tangga kedua.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram