AFC Cup: Central Coast Mariners Muncul Juara Final Zon Asean, Kalahkan Pasukan Senegara
AFC Cup
AFC
Advertisements

Wakil Australia, Central Coast Mariners terpaksa bekerja keras sebelum muncul sebagai wakil ASEAN untuk aksi separuh akhir antara zon Piala AFC musim 2023-2024.

CCM mengatasi kelab senegara, Macarthur dalam aksi final Zon ASEAN yang berlangsung di Stadium Sukan Campbelltown hari ini.

Perlawanan hari ini juga merupakan peluang buat anak buah Mark Jackson membalas dendam ke atas The Bulls selepas tewas kepada pasukan sama dalam aksi awal A-League musim ini.

Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan CCM mencipta banyak peluang untuk menembusi gawang tuan rumah tetapi gagal.

Ini disebabkan banyak gerakan serangan yang direncana Joshua Nisbet digagalkan barisan pertahanan The Bulls diketuai Matthew Jurman.

Advertisements

Serangan demi serangan terus diatur tetapi kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada separuh masa kedua, giliran Macarthur pula memberi tekanan kepada pasukan pelawat.

Advertisements

Malangnya, gerakan serangan yang diketuai kapten, Ulises Davila mudah dipatahkan barisan pertahanan CCM diketuai Brian Kaltack.

CCM akhirnya memecahkan kebuntuan menerusi pemain gantian mereka, Angel Torres pada minit ke-81.

Advertisements

Selepas mendapat hantaran daripada Nisbet, Torres melambungkan bola melepasi jangkauan penjaga gol The Bulls, Filip Kurto sebelum bergolek masuk ke dalam gawang.

Tersentak, tuan rumah terus menggandakan asakan untuk mendapatkan gol penyamaan. Hasilnya, bola hantaran Jed Drew terkena kepala Davila sebelum menembusi gawang CCM pada minit ke-88.

Dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat masa perlawanan, perlawanan diheret ke masa tambahan.

Pemain gantian Macarthur, Lachlan Rose menyangka telah menjaringkan gol kemenangan dengan menjaringkan gol kedua tuan rumah pada minit ke-92.

Bagaimanapun, pemain sayap Brazil, Mikael Doka menceriakan kem CCM dengan melepaskan rembatan jarak jauh menewaskan Kurto pada minit ke-107.

Ronald Barcellos memastikan CCM muncul juara Zon ASEAN dengan gol ketiga pada minit ke-119.

Persembahan cemerlang Nisbet dalam aksi final Zon ASEAN menyaksikan beliau dipilih pemain terbaik perlawanan oleh Sofascore. Beliau mendapat markah 9.0 mata.

CCM bakal membawa cabaran Zon ASEAN dengan turun menentang kelab India, Odisha di pentas separuh akhir antara zon Piala AFC pada 7 Mac ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram