Doan Van Hau Dikesan Lakukan Terjahan Gila Lagi
Dunia
Twitter/@BroadcastBola
Advertisements

Perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Indonesia-Vietnam berakhir dengan seri 0-0. Tetapi ramai penyokong Indonesia marah dengan taktik terjahan keras pasukan Vietnam termasuk yang dilakukan bek kiri mereka, Doan Van Hau.

Van Hau yang mencetuskan kemarahan penyokong Harimau Malaya menerusi insiden kad merah Azam Azmi sekali lagi menjadi tumpuan kerana dua insiden.

Pertama, insiden terjahan keras ke atas Dendy Sulistyawan pada minit ke-54. Sebaik insiden itu berlaku, pemain-pemain Tim Garuda mengerumuni bekas bek kiri Heerenveen itu. Jika tidak kerana campur tangan pengadil dan jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong menenangkan mereka, ia boleh saja membawa kepada insiden yang lebih buruk.

Advertisements

Kedua, insiden terjahan keras ke atas pemain gantian Ricky Kambuaya pada minit ke-92. Indonesia sepatutnya dianugerahkan dua sepakan penalti iaitu pada minit ke-89 dan 92 oleh pengadil tetapi kedua-dua insiden itu tidak diendahkan pengadil.

Dengan mengambil kira dua insiden ini, Van Hau sepatutnya dikenakan kad merah. Sentimen ini turut dikongsikan Tae-yong dalam sidang media pasca-perlawanan Indonesia-Vietnam.

“Memang semua keputusan daripada pengadil, memang bisa saja pemain itu (nombor 5/Van Hau) dikenakan kad merah jika melihat video dan lain-lain. Tetapi itu sebahagian daripada perlawanan dan saya enggan memberi komen tentang hal itu,” katanya.

Advertisements

Ini bukan kali pertama Van Hau mencetuskan kemarahan Indonesia atas tindakannya atas padang. Semasa Sukan SEA 2019, terjahan keras bek kiri Hanoi FC itu terhadap Evan Dimas mengakibatkan pemain tersebut mengalami kecederaan dan Tim Garuda sekadar meraih pingat perak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram