Video: Bukti Jelas Kad Merah Azam Azmi ‘Tidak Sah’
TV
twitter/theaseanball
Advertisements

Sesuatu yang membingungkan berlaku pada minit ke-62 apabila Azam Azmi dilayangkan kad merah kerana pengadil perlawanan dari Jepun, Ryuji Sato menyifatkan Azam Azmi memijak kepala pemain Vietnam, Van Hau.

Jika kesalahan tersebut benar-benar berlaku, penalti wajar diberikan dan penyokong juga sudah sedia maklum dan memperlajari satu ilmu baru berkenaan kesalahan di luar padang berdekatan kotak penalti.

Walaubagaimanapun, ulang tayang di kaca televisyen gagal memaparkan perkara sebenar yang berlaku sehinggalah terdapat individu yang tidak dikenali memuat naik situasi sebenar berkenaan kekasaran tersebut.

Advertisements

Dalam video berdurasi 19 saat itu, jelas kelihatan Azam Azmi cuba mengalihkan kakinya yang dipegang Van Hau yang terlantar menunjukkan seolah-olah sedang sakit.

https://www.tiktok.com/@cikgu_teh/video/7181852378977684762

Selepas perbincangan lanjut dilakukan Ryuji Sato bersama pengadil garisan, penalti tetap diteruskan dan layangan kad merah diberikan kepada Azam Azmi.

Azam Azmi dan beberapa pemain Malaysia jelas terkejut dengan tindakan pengadil namun tetap meneruskan perlawanan untuk mencari jaringan pertama perlawanan.

Advertisements

Bukti ini boleh digunakan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia untuk diusulkan kepada pihak AFF agar membatalkan kad merah kepada Azam Azmi agar dia boleh beraksi dalam perlawanan seterusnya.

Dalam aksi ke-3 Malaysia di Piala AFF 2022, Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram