Dong A Thanh Hoa Harungi Kesukaran Sebelum Bertemu Terengganu
MakanBola
Dong A Thanh Hoa
Sponsors

Kelab Vietnam, Dong A Thanh Hoa dilaporkan telah mengharungi dua kesukaran sebelum berdepan Terengganu FC dalam saingan Shopee Cup pada Rabu (25 September).

Jurulatih Thanh Hoa, Velizar Popov mengakui barisan pemainnya berdepan kesukaran selepas mengambil masa dua hari bagi perjalanan ke Terengganu.

Ad
Sponsors

Selain itu, para pemain Thanh Hoa turut baru sahaja melalui perlawanan Liga Vietnam yang tegang ketika bertemu Cong An Ha Noi pada Jumaat lalu.

Ad

“Kami berbangga untuk mewakili Vietnam di arena antarabangsa dan berharap untuk mempunyai persembahan terbaik untuk membawa kegembiraan kepada peminat. Kami baru sahaja menang dalam Liga Vietnam tetapi kami juga mahukan keputusan yang baik untuk perlawanan esok (berdepan Terengganu).

“Kami mengalami kesukaran kerana mengambil masa dua hari untuk sampai ke Terengganu. Sebelum itu, Kelab Dong A Thanh Hoa mempunyai perlawanan yang tegang di V.League (bertemu Cong An Ha Noi).

Ad

“Bagaimanapun, semuanya baik-baik saja dan kami mempunyai persiapan yang baik untuk perlawanan rasmi esok,” jelas Popov dalam sidang media pra-perlawanan.

Ad

Thanh Hoa kini dalam momentum terbaik dalam saingan Shopee Cup selepas memenangi aksi pertama menewaskan kelab Myanmar, Shan United dengan keputusan 3-1.

Ad

Manakala berbeza buat Terengganu yang masih dahagakan kemenangan selepas tewas tipis 2-3 kepada kelab Kemboja, Svay Rieng FC pada aksi pertama.