Dua Bintang Burnley ‘RM88 Juta’ Hampiri Harimau Malaya
MakanBola
Burnley FC

Dua tonggak penting Burnley FC semakin hampir untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Skuad kendalian Pau Marti masih segar dengan kejayaan menjulang Pestabola Merdeka 2024 selepas menundukkan Lubnan tempoh hari.

Perkhabaran baik diterima oleh kem negara apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa telah dihubungi oleh pemain Go Ahead Eagles, Mats Deijl.

Proses dokumentasi pemain berusia 27 tahun itu difahamkan sudah selesai dan menunggu masa untuk mewakili skuad kebangsaan.

Satu lagi khabar baik dikongsikan oleh laman Frfuturetalents berkenaan dua lagi pemain warisan negara iaitu Joshua Browhill dan juga Zian Flemming.

Kedua-dua pemain ini difahamkan sedang menjalani proses dokumentasi bagi membolehkan mereka beraksi buat Harimau Malaya.

Brownhill yang juga merupakan kapten buat Burnley FC memiliki nilai pasaran setinggi 15 Juta Euro (RM69 Juta) dan bakal menjadi pemain paling bernilai Asia Tenggara.

Flemming pula baru sahaja menyertai Burnley dinilai pada tanda harga 4.2 Juta Euro (RM19 Juta) memiliki pengalaman luas dan juga merupakan bekas pemain Ajax Amsterdam.

Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi daripada FAM berhubung status dua pemain ini dengan harapan besar peminat untuk melihat ia menjadi kenyataan.

Malaysia bakal menentang New Zealand dan satu lagi pasukan Ocenia bagi aksi persahabatan bulan Oktober ini.