Advertising
Dua Gergasi Thailand Tundukkan Skuad Muda JDT
Asia Tenggara
MakanBola
Johor Southern Tigers

Skuad muda JDT mengharungi tempoh ujian yang mencabar dalam beberapa aksi baru-baru ini.

Pasukan muda Harimau Selatan beraksi cemerlang ketika menentang Bali United dalam satu aksi persahabatan yang diadakan baru-baru ini.

Ad

JDT U16 melakar kemenangan berharga 1-0 ke atas wakil Indonesia itu namun berdepan ujian berat ketika menentang wakil dari Thailand.

Ad

Sebelum ini, JDT telah merekodkan satu kekalahan terhadap Buriram United dengan keputusan 2-0.

Kekalahan sekali lagi terpaksa ditelan oleh pemain masa depan JDT apabila tunduk di tangan Chonburi FC juga dengan keputusan 2-0.

Ad

JDT juga menyambut baik kehadiran pasukan dari Asia Tenggara ini dalam usaha menjalinkan kerjasama serantau.

Ad

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menerima kunjungan Pasukan Bawah-16 dari kelab-kelab utama Thailand iaitu Buriram United FC dan Chonburi FC serta Bali United FC dari Indonesia pada hari ini, 28 Februari 2025.

Ad

“Pasukan-pasukan tersebut turut dibawa melawat fasiliti milik JDT, Stadium Sultan Ibrahim dalam program lawatan mereka.

“Mereka berada di Johor untuk perlawanan persahabatan bersama pasukan akademi Harimau Selatan,” ujar kenyataan kelab.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments